Expand

Peningkatan Itu Perlu

Terasa agak lama tidak berblogging. Bukan tiada masa, cuma rasa untuk berblogging itu tiada atau kadangkala tidak tepat pada masanya. Memang dugaan untuk seorang blogger kental. Huhu.

Alhamdulillah.. saya diterima bekerja sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah jadi takdela kosong sangat cuti kali ni dan InsyaAllah akan mengajar sampai bulan 5. Hujung2 bulan 5, mungkin. Jadi doakan saya boleh mengajar dengan baik dan bersabar melayan murid2 yang agak nakal itu =p

Bercakap tentang peningkatan, kebanyakan dari kita mungkin sudah menyedari hal ini di mana dalam bisnes kita mestilah ada peningkatan dalam apa jua aspek yang diceburi. Sebagai contoh, seorang affiliate mestilah lebih kreatif untuk meningkatkan hasil jualan dan prestasi. Begitu juga dengan blogger dan sebagainya. Kita selalu mendengar nasihat yang berbunyi “Hari esok lebih baik dari hari ini

Atas kesedaran itu, saya kini berjinak-jinak dalam penulisan E-Book dan cuba untuk mengaplikasikan teknik mailing list untuk blog-blog saya. Harapnya menjadilah. Yang penting, mencuba =)

Ya, peningkatan itu perlu.

* Mahu tidur dulu. Esok ada kelas =) *

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
2 comments… add one
  • samanosuke_04 April 17, 2010, 9:03 pm

    betol2.. peningkatan perlu selalu ader.. Nabi SAW pun cakap ‘celaka’ kat orang2 yang harinye lebih teruk dari pada hari semalam..

    Reply
  • zik April 18, 2010, 12:48 am

    peningkatan sikit demi sedikit pun ok… pelan2 kayuh katanya.. 😐

    Reply
Cancel reply

Leave a Comment