Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    tips

    Menukarkan Pelawat Kepada Pembeli

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisJuly 1, 20118 Comments3 Mins Read

    Menukarkan pelawat atau pembaca kepada pembeli adalah impian setiap affiliate malah jika diikutkan setiap pelawat yang tiba di laman web kita mahu ditukarkan kepada pembeli atau paling kurang prospek yang berkualiti.

    Baiklah, kali ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk menukarkan pelawat kepada pembeli. Dan saya kecilkan skop kepada bisnes affiliate.

    1. Relevan

    Hal ini paling penting sekali. Produk yang anda promosikan mestilah relevan dengan niche blog yang anda jalankan. Contohnya anda jalankan blog dengan niche kesihatan (health), produk-produk atau tawaran yang dikemukakan mestilah bertepatan dan relevan dengan niche anda tu. Jangan dalam artikel pasal petua kesihatan semasa mengandung, anda tiba-tiba promosi produk untuk tukar tayar kereta pula. Dan ini juga sebenarnya mempengaruhi kualiti blog anda.

    2. Telus & Ikhlas

    Letakkan diri anda sebagai pembaca dan bayangkan anda dihidangkan dengan artikel yang berbentuk “promosi bertubi-tubi” seperti:

    • Belilah barang ini!
    • Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan beli sekarang!
    • Beli! Beli! Beli! (-_-”’)

    Taktik seperti ini sudah biasa ditemui ramai dan kebanyakan pembaca/pelawat sudah biasa (dan mungkin muak) dengan cara ini. Gunakanlah cara yang ikhlas untuk mempromosikan tawaran atau produk anda. Teknik yang paling berkesan adalah dengan menceritakan pengalaman anda berkaitan produk itu sendiri dan antara ayat promosi atau “seduction” yang boleh anda gunakan ialah:

    “..dan sebab itulah saya mahu anda juga menggunakan produk yang sangat-sangat berbaloi ini”

    “..and that’s why you should use this amazing product too.”

    Dengan cara ini anda bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan pembaca terhadap produk anda dan seterusnya menghasilkan jualan malah meningkatkan kualiti penulisan anda di mana artikel yang berkualiti dan menusuk jiawa mestilah ada elemen-elemen “personal” di dalamnya.

    3. Kemas & Sistematik

    Untuk meningkatkan peluang anda menukarkan pelawat kepada pembeli, teknik promosi anda mestilah kemas dan sistematik. Ini penting. Susunan perenggan dan kandungan yang ingin anda sampaikan akan mempengaruhi rentak pembaca dan anda mesti meletakkan links ke produk dan tawaran anda di tempat yang sewajarnya dan mempunyai peluang yang tinggi untuk disedari oleh pembaca.

    Contohnya anda mempromosikan seluar kepada pembaca. Anda boleh menyediakan pautan ke pilihan warna seluar tersebut untuk memudahkan pembaca memilih warna yang mereka mahu:

    “..seluar yang menarik dan cantik ini boleh didapati dalam pelbagai warna iaitu warna merah, biru dan kuning”

    dan seterusnya menarik minat pembaca untuk membeli produk yang anda tawarkan.

    * Untuk mempromosikan produk dari Amazon, anda boleh guna plugin Easy Azon untuk hasilkan promosi seperti ini dengan pantas.

    Kesimpulan

    Begitulah sedikit sebanyak teknik menukarkan pembaca dan pelawat menjadi pembeli yang ingin saya kongsikan kali ini. Yang penting sentiasa jaga kualiti blog dan promosi anda untuk memaksimumkan potensi jualan!

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Kurang Modal Berniaga? Ceburi Bisnes Dengan Modal Rendah

    December 17, 2018

    Bisnes: Demi Wang atau Minat

    February 27, 2018

    Buat Duit Dari Amazon Lebih Mudah Dengan Easy Azon

    June 29, 2011

    8 Comments

    1. titan on July 4, 2011 5:09 pm

      hehe..betul. ikhlas tu paling penting sekali.

      Reply
    2. samanosuke_04 on July 14, 2011 12:07 am

      pasal ikhlas tue.. erm, kalo produk tue kite beli sendiri senanglaa nak promote, tapi biasanya kalo main affliate, aku tak beli produk tue.. cane ye, tanak sound fake?

      Reply
      • MaxMonic on August 24, 2011 10:32 pm

        Cuba try ni. Amik review dekat mana2 forum atau blog lepas tu olah dengan gaya bahasa sendiri. Lepas tu disable comment.

        Kalau nak senang, promote produk yang ada trial je.

        Cuba search DVD to iPhone converter. Tiga tiga web teratas semuanya main affiliate.

        Nampak macam produk dia tapi bila tengok link download, kantoi affiliate.

        Reply
    3. ohcikgu on July 19, 2011 11:07 pm

      kalau karang artikel dengan baik, takde masalah nak tukar pelawat kepada pembeli. 🙂

      Reply
    4. Ajis on July 23, 2011 1:50 pm

      yang penting jangan spam dan ayat mestilah tidak terlalu hype.. sbb kita juga perlu jaga hubungan customer utk jangka masa panjang.. sekali customer kecewa, selamanya dia taknak beli dgn kita lagi

      Reply
    5. wanmus on August 16, 2011 3:18 pm

      nak menguasai satu-satu niche tu yang susah tu..tapi kalau dapat maintain satu-satu niche, sangat mudah untuk menjual

      Reply
    6. Baju Muslimah on October 13, 2011 9:29 pm

      Bagus utk biz saya…byk info berguna…terima kasih…

      Reply
    7. syam on November 17, 2013 12:05 pm

      saya menjual produk sabun perawatan kulit. macam mana cara promosi yang paling sesuai di facebook.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2026 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.