Expand

Mengejar Masa

Mengejar Masa post image

Kembali berblogging.

Manusia hakikatnya sentiasa berputar-putar di dalam lingkungan masa. Kita sentiasa bersama masa namun masa bukanlah bersama kita. Kita mungkin kadangkala menunggu masa, namun masa tidak akan sesekali menunggu kita.

Kita manusia adalah pengejar masa.

Projek, bisnes, tugas, blogging, pelajaran, peperiksaan dan sebagainya – semuanya adalah tanggungjawab yang berada di dalam lingkungan masa. Kebiasaannya hal-hal ini tertakluk kepada had masa tertantu (deadline) dan ini yang adalah satu hal yang perlu kita titik beratkan dalam kehidupan.

Mari kita lihat dari perspektif bisnes. Kita melihat masa yang kita ada sebagai suatu aset dalam kehidupan. Bak kata pepatah, masa itu emas! Kita bahagikan kepada 2 pilihan: Pilihan A – kita menggunakan masa secara optimum dan Pilihan B – kita membiarkan masa berlalu begitu sahaja.

Pilihan manakah yang lebih menguntungkan? Sudah tentulah pilihan yang bijak ialah menggunakannya secara optimum. Membiarkan masa berlalu begitu sahaja umpama membiarkan aset anda tanpa menggunakannya dan ini merugikan diri sendiri.

Sepertimana kita akan ketinggalan di dalam enjin carian Google kerana sentiasa melewat-lewatkan update blog, begitulah jua perumpamaannya dengan betapa ketinggalannya kita sekiranya meremehkan kepentingan masa di dalam hidup kita.

Setiap saat yang kita miliki harus kita gunakan secara optimum dan jangan ia berlalu begitu sahaja kerana hakikatnya adalah modal yang dikurniakan kepada kita.

Bergerak sekarang dan setiap saat adalah milik anda!

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
1 comment… add one
  • titan May 13, 2011, 6:36 pm

    yap, masa itu emas, titanium, intan dan macam-macam lagi..

    Reply
Cancel reply

Leave a Comment