Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    tips

    Kejayaan Sebenar Bersama Email List Yang Betul

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisJanuary 27, 2011No Comments2 Mins Read

    Hari ini kita dapat melihat ramai Internet marketeer yang menggunakan email list untuk mempromosikan produk masing-masing. Begitu juga dengan penyedia mailing list yang semakin canggih seperti Aweber, Profollow, Norabots dan sebagainya.

    Marketeers di Malaysia juga sudah ramai yang menggunakan servis mailing list ini.

    Tidak dinafikan yang mailing list merupakan salah satu teknik pemasaran yang hebat namun ada ketikanya saya melihat teknik atau servis ini disalahugnakan dan ini membawa masalah kepada subscriber yang sentiasa menerima email dari email list ini. Kali ini saya ingin berkongsi pandangan tentang bagaimana untuk memperoleh kejayaan sebenar dengan mengikuti email list yang betul.

    Pertama sekali, saya tidak menggunakan email list sebagai teknik pemasaran. Kedua, saya gemar subscribe emai list tertentu untuk melihat bagaimana para marketeer mempromosikan produk mereka. Mari kita lihat beberapa kriteria email list yang tidak patut anda subscribe dan sebaliknya.

    Kriteria email list yang TIDAK PATUT anda subsribe:

    • Promosi tak henti-henti.
    • Tidak jujur. Ini dapat dilihat dari signature dan email mereka yang caca merba.
    • Mempromosikan produk yang entah apa-apa.
    • Menggunakan default swipe email. Swipe email selalunya disediakan oleh penerbit produk untuk affiliates memasarkan produk mereka. Dan ada di antara marketeer yang menggunakan swipe email ini tanpa apa-apa modifikasi. Jadi anda mungkin menerima email yang sama dari marketeer yang berbeza.

    Mari kita lihat pula kriteria email list yang PATUT anda subscribe:

    • Memberi input yang bermakna dan memberi pengetahuan.
    • Menyediakan diskaun, produk istimewa atau produk percuma untuk subscribers.
    • Berkomunikasi secara rapat dengan anda sebagai subscribers.
    • Mengambil berat hal dan hak anda sebagai prospek dan subscribers.

    Sekiranya marketeer tersebut tidak kisah akan hal anda sebagai prospek dan subscribers mereka, bagaimana mereka akan kisah pula mengenai kualiti produk yang mereka pasarkan? Saya telah acapkali “terkena” dengan produk yang boleh kita anggap sampah jadi saya tidak mahu anda pun terkena juga.

    Jangan bazirkan masa dan space email anda untuk email-email yang tidak berfaedah. Sekiranya anda telah join dan mendapati email list tersebut tidak berguna untuk anda, unsubscribe sahaja! (namun saya hairan ada marketeer yang begitu susah payah membuat space yang begitu besar dari kandungan email ke link untuk unsubscribe di akhir kandungan email. Takut sangatkah kerana jika subscriber anda ingin unsubscribe, mereka akan cari juga link itu)

    Sekian untuk perkongsian kali ini. Ingat, kejayaan sebenar adalah bersama email list yang betul!

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Bisnes: Demi Wang atau Minat

    February 27, 2018

    5M Dalam Perancangan Perniagaan

    September 25, 2013

    Istiqamah Dalam Bisnes

    July 14, 2013
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.