Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    tips

    Idea Ada Di Mana-mana

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisFebruary 15, 2010No Comments2 Mins Read

    Apabila kita berbicara tentang blogging, sudah tentu ianya berkaitan rapat dengan idea apa yang mahu kita nukilkan dalam artikel yang terbiktan. Kadangkala kita  terpaku di depan monitor menanti idea yang masih belum kunjung tiba dan akhirnya tiada perkara menarik yang dapat kita terbitkan walaupun sebenarnya idea untuk berblogging itu ada di mana-mana!

    Tidak percaya?

    Sebagai contoh, pada suatu malam saya menikmati jus mangga dan terbit ilham untuk menulis tentang faedah jus mangga di dalam blog niche ‘health’ saya. Dan pada waktu yang lain saya berbincang dengan pensyarah suatu perkara yang menarik dan di situ terbit ilham untuk menulis artikel yang berkaitan. Ini hanyalah contoh kerana banyak lagi perkara menarik yang boleh anda terbitkan untuk menjadi artikel yang menarik buat para pembaca.

    Hal yang menarik akan memberi ilham untuk mencipta idea baru. Contohnya ada satu permasalahan (problem) yang anda temui dalam kehidupan dan ia adalah idea untuk anda menulis tentang hal tersebut dan mencari penyelesaiannya. Jangan lupa untuk pastikan idea tersebut digarapkan melalui niche dan pendekatan yang sesuai supaya ianya nampak ‘up to standard’ dan ‘high impact’. Sebagai contoh yang baik, anda boleh melayari Amanz.my yang membincangkan teknologi semasa atau Rohaizad.com yang sentiasa ada sahaja isinya dan walaupun perkara tersebut kita sentiasa lihat dalam kehidupan seharian, cuba lihat bagaimana blogger2 ini garapkan hal tersebut untuk menjadikan ianya berfaedah dan menarik untuk dibaca.

    Kesimpulannya, idea untuk berblogging ada di mana-mana. Cuma yang tinggal ialah bagaimana anda menggunakan mereka dengan pendekatan yang kreatif untuk meningkatkan prestasi laman web/blog anda!

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Buat Duit Dari Blogging Melalui Pengiklanan

    August 26, 2024

    Bisnes: Demi Wang atau Minat

    February 27, 2018

    Blogging Tetap Diteruskan!

    July 12, 2012
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.