Expand

Buat Duit Berpuluh-puluh Ribu Dengan Produk X? Betul Ke Ni?

Buat Duit Berpuluh-puluh Ribu Dengan Produk X? Betul Ke Ni? post image

Saya pasti anda sudah maklum mengenai peluang untuk memperoleh pendapatan dari Internet. Dan ya, ada pelbagai cara untuk kita mendapatkan pendapatan dari Internet.

Kebelakangan ini saya gemar meneroka produk-produk yang ditawarkan di Clickbank di mana kebanyakan produk adalah berkisar mengenai buat duit online atau make money online. Antara ayat-ayat jualan yang dipaparkan adalah bagaimana produk atau teknik ‘rahsia’ yang ditawarkan itu boleh membantu pembeli untuk menjana pendapatan berpuluh-puluh ribu dolar dalam masa yang singkat walaupun tanpa sebarang pengetahuan mengenai Internet atau programming seperti PHP, CSS dan sebagainya.

Mesti antara soalan yang terdetik di minda kita ialah – “betul ke ni?”

Jawapan tersebut sebenarnya terletak pada produk atau teknik itu sendiri. Jika anda bertanya saya adakah boleh buat duit berpuluh-puluh ribu melalui Internet, sudah pasti saya katakan YA kerana memang ianya logik dan matematik tidak pernah menipu. Kita ambil contoh Affiliate di mana konsepnya sangatlah mudah – lebih banyak jualan yang anda berjaya hasilkan, maka lebih komisen yang akan anda peroleh.

Namun untuk mempercayai yang anda boleh memperoleh berpuluh-puluh ribu dolar melalui produk atau teknik tertentu dalam masa yang singkat (contohnya 25 minit atau 2 jam atau seumpamanya) tanpa memerlukan apa-apa pengtahuan langsung, ia adalah sesuatu yang perlu anda fikiran dua kali (atau tiga, empat dan lebih!)

Kebanyakan produk dan teknik yang saya amati di Clickbank adalah traffic checker, squeeze page generator, automatic blog, plugin, article/video spinner, article/video submitter dan lain-lain produk asas cuma nama dan approachnya sahaja yang lain. Dan elemen penting yang membezakan di antara satu sama lain ialah jenama (branding), bantuan dari pengeluar produk dan keistimewaan tambahan seperti lebih pantas, lebih berkesan dan sebagainya. Dari asasnya produk-produk ini kebanyakannya adalah sama dan menawarkan fungsi yang lebih kurang sama. Dan sebenarnya produk atau teknik yang ditwarkan tidak cukup untuk berjaya. Anda mesti melakukan lebih dari itu. Jadikan produk dan teknik itu sebagai platform sebagai batu loncatan dan gabungkan dengan kemahiran anda sendiri.

Namun ini bukanlah satu halangan untuk kita mendapatkan produk-produk yang ditawarkan di Clickbank mahupun menjana pendapatan sebagai affiliate di Clickbank kerana produk-produk yang ditawarkan adalah unik dan dihasilkan melalui kajian dan pengalaman pengeluar produk sendiri. Yang penting, anda mestilah teliti dalam memilih produk yang ditawarkan untuk mengelak sebarang kesilapan dan penyesalan.

Kesimpulannya – anda boleh buat berpuluh-puluh ribu dengan teknik atau produk yang ditawarkan itu, namun anda mesti ada pengetahuan tambahan untuk memastikan produk itu digunakan seoptimum mungkin.

Semoga berjaya!

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
1 comment… add one
  • CharityID Malaysia September 20, 2015, 7:46 pm

    Bermacam2 cara buat duit secara online..
    Ada yg jual produk sendiri..prdk digital..
    Korang tau apa itu DERMA RAKYAT 1 MALAYSIA?

    Reply
Cancel reply

Leave a Comment