Expand

Bisnes Mesti Bersandarkan Kepada Realiti

Bisnes Mesti Bersandarkan Kepada Realiti post image

Assalamualaikum dan apa khabar semua. Harap sihat seadanya.

Alhamdulillah dapat kekuatan untuk update blog PakarBisnes ini. Memang agak lama tak berupdate (post yang lepas adalah pada Aidilfitri yang lalu!) dan ini tidak bermakna saya menyepi dari dunia blogging dan online. Cuma agak sibuk dengan pengembangan bisnes blog dan beberapa peluang bisnes yang saya ceburi.

Baiklah kita terus ke topik perbincangan kali ini – bisnes mesti bersandarkan kepada realiti!

Mengapakah saya mengutarakan persoalan ini?

Ya.. kebelakangan ini saya banyak membaca buku-buku motivasi perniagaan dan keyakinan diri (self development) dan juga meluangkan masa untuk bergaul dengan mereka yang berjaya dalam bidang bisnes masing-masing dan antara perkara yang sering saya temui ialah – ada di antara kita yang ingin mengorak langkah dalam perniagaan akan kecundang kerana tidak meletakkan logik dan realiti di dalam bisnes.

Faktor utama yang menjebakkan mereka ke dalam kesilapan ini ialah – nak cepat senang, nak cepat dapat duit, nak cepat jadi kaya dan yang sewaktu dengannya. Percayalah kata-kata saya – ini adalah kesilapan terbesar dalam perniagaan dan jujurnya saya juga kadangkala terperangkap dengan mindset ini.

Saban hari kita menemui pelbagai peluang perniagaan yang ditawarkan di sekeliling kita samada online mahupun offline. Buat Rm20,000 dalam 24 jam, RM150,000 dalam seminggu, duit masuk dalam akaun RM350 setiap jam dan sebagainya. Walaupun pernyataan-pernyataan tersebut benar untuk sesetengah bidang perniagaan.. realitinya – tiada jalan mudah dalam mencapai kejayaan!

Saya masih ingat ketika saya mula berjinak dengan dunia blogging. Yang ada di dalam minda saya ialah – “dalam sebulan boleh dapat paling kurang ribu-ribu nih”. Namun saya silap kerana tidak meletakkan logik kepada usaha saya itu sendiri. Dan yang pastinya usaha bersandarkan angan-angan tidak akan membawa kepada kejayaan. Saya sedar akan kesilapan ini lalu mengkaji cara, teknik dan strategi yang sebetulnya perlu diikuti dan diamalkan. Alhamdulillah.. blogging kini adalah salah saut sumber income saya yang terbesar.

Alhamdulillah sejak menceburi bidang hartanah (saya kini seorang perunding hartanah – boleh view listing saya dan juga laman web hartanah saya) saya memperoleh peluang untuk membuka minda dan inilah yang ingin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian. Dan pengalaman ini membuka mata saya yang bisnes bukanlah sekadar berangan-angan (walaupun bisnes bermula dari angan-angan dan impian) namun harus dipaksikan di dunia nyata. Dengan erti kata lain – mesti ada usaha dan strategi yang betul.

Namun bagi saya sendiri bisnes ini tidak dapat dipisahkan dari bisnes online kerana inilah minat saya yang utama. Berikut adalah ringkasan perancangan saya yang sesiapa pun boleh buat.

INCOME DARI BLOGGING/AFFILIATE –> TUKARKAN KEPADA ASET (EMAS/PERAK) –> MEMBELI HARTANAH SEBAGAI PELABURAN JANGKA PANJANG

Simple, kan? Namun bukan mudah untuk dijadikan kenyataan. Perlukan usaha dan keyakinan yang tinggi. Dan seharusnya berlandaskan realiti!

Saya kini sedang membaca buku Reinvention karya Brian Tracy di mana penulis sering menekankan yang kegagalan bukanlah penamat usaha kita. Dan mereka yang sebenarnya gagal ialah mereka yang tidak berbuat apa-apa. Jadi tetapkan matlamat anda, rancang strategi dengan berkesan dan berusahalah dengan segigihnya untuk mencapai impian anda!

Jumpa di puncak kejayaan. Dunia dan akhirat =)

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
4 comments… add one
  • titan December 6, 2011, 11:55 am

    lama gila ko tak update. hoho..

    Reply
    • Nasrul Hanis July 12, 2012, 12:55 am

      Hehe.. biasalah sibuk sikit.. Alhamdulillah dah boleh kembali blogging dengan serius! 😀

      Reply
  • bukit gambang December 6, 2011, 11:20 pm

    dua kali raya baru update bro? tapi takpe masih lagi terupdate…hehe beo nak tanya macam mana nak join rescom tu, berminat ni?

    Reply
    • Nasrul Hanis July 12, 2012, 12:56 am

      huhuhu.. itula pasal.. memang sibuk + malas (sikit2) benar.. mengenai rescom cuba buka website dia then contact ofis dan tanya mengenai pengambilan baru.. good luck! 🙂

      Reply
Cancel reply

Leave a Comment