Setelah sekian lama terbaca tentang pasaran emas, baru sekarang saya terdetik untuk berjinak-jinak dengan emas ini.
Mungkin saya salah seorang yang agak lambat update tentang kelebihan memiliki emas sebagai aset namun ini bukanlah halangan untuk saya tahu tentang perihal emas ini.
Walaupun blogging dan pelajaran sudah cukup membuatkan masa saya padat namun saya merasakan hal emas ini menarik juga untuk dipelajari dan dipraktikkan. Ini adalah kerana ada pelbagai kelebihan dari emas ini termasuklah nilainya yang tinggi.
Baru sebentar tadi saya selesai berbincang dengan seorang teman yang sudi menerangkan kepada saya konsep-konsep asas tentang pasaran emas dan juga antara langkah-langkah pembelian, gadaian, simpanan dan penjualan emas. Pada mulanya agak rumit namun setelah soal jawab, barulah jelas pada saya idea tentang emas ini. Terima kasih Hanafi untuk penerangan yang jelas! =)
Ada yang membeli dan menyimpan emas sebagai aset, ada yang buat bisnes melalui jual beli emas. Macam-macam. Kalau ada rezeki, saya akan cuba buat sedikit income dengan emas ini. InsyaAllah.
# Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hehe.
5 Comments
Cubalah dinar emas.. Jai pernah terbaca, tapi x berapa faham sangat..
ada baca juga pasal dinar emas tu.. memang menarik.. tapi kena usha modal jugak sekarang ni 😀
Pingback: Mengejar Masa - PakarBisnes
Sbb harga emas ni jarang turun. Konsisten je harga dia. Byk orang buat simpan dari sekarang. 😀
Fakta itu memang tak dapat disangkal lagi.. dan ia adalah salah satu penyebab utama mengapa anda mesti melabur dengan emas sekarang! 😉